Sheikh Jassim merangkap pengerusi Qatar Islamic Bank dan anak kepada bekas perdana menteri Qatar serta pesaingnya, Sir Jim Ratcliffe, telah mengemukakan tawaran ketiga bulan lalu.
Tetapi di tengah-tengah keyakinan yang semakin meningkat di kem Ratcliffe, Sheikh Jassim pula yang meningkatkan nilai tawarannya yang seperti sebelum ini berjanji dana itu akan 100 peratus disalurkan kepada kelab, selain sedia menjelaskan semua hutang termasuk dana berasingan buat kelab dan komuniti.

Pegawai dan kakitangan di Old Trafford tidak sabar-sabar untuk mendapatkan kejelasan mengenai situasi pengambilalihan itu yang timbul sejak November lalu, sebaik United mengumumkan bahawa ahli lembaga kelab sedang meneroka "alternatif strategik" untuk meningkatkan pertumbuhan kelab dengan penjualan penuh menjadi satu pilihan yang sedia dipertimbangkan.
Sheikh Jassim muncul individu pertama yang mengesahkan bidaan secara terbuka dalam pusingan pertama Februari lalu dan tidak lama kemudian disertai oleh pemilik INEOS kelahiran Manchester, Ratcliffe.