Beregu lelaki meningkat naik negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, mencipta kejutan apabila melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Masters Malaysia dengan menumbangkan beregu nombor enam dunia, Muhammad Ahsan-Hendra Setiawan, di Arena Axiata, Bukit Jalil sebentar tadi.
Dibezakan 20 anak tangga dalam kedudukan ranking dunia, Wei Chong dan Kai Wun, bagaimanapun mempamerkan semangat juang tinggi di atas gelanggang bagi menafikan rekod di atas kertas itu.
Walaupun tewas satu-satunya pertemuan sebelum ini dengan lawan berpengalaman dari Indonesia itu dalam Terbuka Singapura pada tahun lalu, gandingan negara itu jelas menikmati sorakan semangat penyokong tempatan untuk memberikan tentangan dan saling berkejaran mata dalam set pertama.
Mereka akhirnya menamatkan aksi sengit itu dengan kemenangan 23-21 dalam set pembukaan berkenaan.
Set kedua jelas menjadi milik beregu negara itu, di mana mereka tidak pernah ketinggalan sebaik mengikat kedudukan 6-6 untuk menamatkan saingan suku akhir itu dengan kemenangan 21-17 selepas bertarung selama 39 minit.
Wei Chong dan Kai Wun seterusnya akan menantikan pemenang di antara satu lagi beregu harapan negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, dan gandingan Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin, bagi penentuan ke final esok.
Muzaffar Musa
Fri May 26 2023


Sentuhan pemusnah Lee Tuck julang Kedah Darul Aman
Lee Tuck muncul wira Kedah Darul Aman FC menjamin mata penuh di Alor Setar dengan meledak dua gol ketika melayani kunjungan Sabah FC, sebentar tadi.

Penang FC perlukan serangan balas jitu gugat benteng JDT
Asnan Ahmad tidak menolak soal 12 hari beraksi di luar memberi kesan kepada persiapan Penang FC untuk berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Bandaraya, malam esok.

Piala Asia: Semangat juang tinggi perlu jadi azimat skuad B-17, kata Presiden FAM
Skuad Harimau Malaya B-17 diingatkan untuk mempamerkan semangat juang yang tinggi dalam Piala Asia B-17 2023 di Bangkok, Thailand, pertengahan bulan ini.

Yusri Che Lah tidak janji keajaiban segera Perak FC
Ketua jurulatih sementara Perak FC, Yusri Che Lah, menuntut pemain memberikan aksi terbaik untuk mencuri mata dalam aksi Liga Super menentang Terengganu FC di Ipoh, malam esok.

PDRM FC pasang hajat sekat tiga mata Selangor FC
PDRM FC tidak gentar untuk menyekat Selangor FC yang prestasinya makin kukuh musim ini selain hanya melepaskan 13 gol setakat ini.

ARC: Skuad Bunga Raya elak ulangi kesilapan mudah berdepan Korea Selatan
Ketua jurulatih pasukan ragbi negara, Mohd Farid Syazwan, menyeru barisan pemainnya agar mengurangkan kesilapan menjelang Kejohanan Ragbi Asia (ARC) Divisyen Perdana menentang Korea Selatan esok.

Hoki Remaja Asia: The Young Tigers perkemas aksi menjelang Piala Dunia Remaja
The Young Tigers mengakhiri kempen Kejohanan Hoki Remaja Asia kekalahan tipis 1-2 kepada Korea Selatan untuk mengisi tempat keempat terbaik benua ini.

Tiada lagi wakil dalam separuh akhir Terbuka Thailand 2023
Pentas suku akhir Terbuka Thailand 2023 tidak membawa tuah buat perseorangan lelaki negara selepas Ng Tze Yong disingkirkan dalam perhitungan ketiga oleh wakil Hong Kong, Lee Cheuk Yiu.

Rexy Mainaky tuntut kematangan Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rumsani
"Jadilah dewasa, bukan seperti anak kecil." Demikian kata-kata itu diungkapkan Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky, apabila ditanya mengenai gandingan beregu lelaki yang kembali bertaut, Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rumsani.

Emas Anuar STL: Kuala Lumpur Thunder padam kebangkitan Johor Tigris
Perlawanan minggu kedua Emas Anuar Sepak Takraw League (STL) 2022/23 tertumpu kepada perlawanan di antara pasukan Kuala Lumpur Thunder lawan Johor Tigris.