Zinedine Zidane berkata dia masih mempunyai 'api' untuk meneruskan kerjaya pengurusannya, walaupun setahun tidak mengendalikan sebarang pasukan selepas meninggalkan Real Madrid.
Pengendali kelahiran Perancis itu meninggalkan Santiago Bernabeu buat kali kedua pada penghujung musim 2020-21, setelah membimbing kelab itu mencipta hatrik kejayaan Liga Juara-Juara (UEFA Champions League) semasa penggal pertamanya sebagai pengurus dan memenangi 11 trofi kesemuanya sepanjang berada di sana.
Zidane sejak itu telah dikaitkan dengan beberapa le;an, termasuk di negara asalnya di mana dia disebut-sebut sebagai pendahulu untuk menggantikan Mauricio Pochettino di Paris Saint-Germain, serta kemungkinan pengganti Didier Deschamps sebagai ketua jurulatih Perancis selepas Qatar 2022.
Dengan bos Nice, Christoph Galtier, kini berada di tempat duduk pemandu untuk mengambil alih tampuk di Parc des Princes, masa Zidane di padang belantara nampaknya akan diteruskan.
Tetapi bekas pemenang Piala Dunia itu, yang mencecah 50 tahun bulan ini, berharap untuk kembali ke tempat duduk, sambil mengakui dia tetap berpuas hati tanpa perlu terus ke mana-mana pekerjaan yang tersedia.
"Saya mahu meneruskan," katanya kepada Telefoot. "Saya masih lagi bersemangat. Bola sepak adalah minat saya.
"Tetapi saya [hampir] berusia 50 tahun dan berpuas hati. Saya gembira, dan itu perkara yang paling penting."
Zidane juga bercakap mengenai tandukan final Piala Dunia yang terkenal ke atas Marco Materazzi di Jerman 2006, yang menyaksikan dia dibuang padang ke Perancis ketika mereka tewas kepada Itali menerusi sepakan penalti.
"Saya tidak berbangga dengan apa yang saya lakukan, tetapi ia adalah sebahagian daripada perjalanan saya," katanya. "Walaupun dalam kehidupan seseorang, tidak semuanya dilakukan dengan sempurna."
Ammar Hakim
Mon Jun 20 2022


Benzema: Saya gembira kekal Real Madrid
Penyerang Real Madrid, Karim Benzema, telah mengetepikan khabar angin yang mendakwa dia hampir bersetuju untuk berpindah ke Arab Saudi.

LaLiga: Tidak gentar bersuara, Vinicius pemain wajar diraikan -- Willian
Willian mencadangkan Vinicius Junior mungkin tidak berasakan ia berbaloi untuk kekal di Real Madrid selepas menerima penderaan perkauman, mengatakan pemain sayap Brazil itu harus 'diraikan, bukan ditoleransi'.

LaLiga: Real Madrid fail aduan insiden perkauman ke atas Vinicius Junior
Real Madrid berkata ejekan perkauman yang ditujukan kepada Vinicus Junior merupakan satu "jenayah kebencian" dan telah memfailkan laporan kepada Pejabat Peguam Negara Sepanyol.

Isu perkauman 'perkara biasa' di LaLiga -- Vinicius Jr
Penyerang Real Madrid, Vinicius Junior, berkata isu perkauman 'perkara biasa' di LaLiga selepas didakwa dicemuh ketika perlawanan bertemu Valencia.

UCL: Guardiola puas Manchester City lunas dendam ke atas Real Madrid
Pep Guardiola berkata rasa sakit sewaktu disingkirkan dalam separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim lalu telah mendorong Manchester City untuk mara ke final edisi ini dengan kemenangan bergaya ke atas Real Madrid awal pagi tadi.

UCL: Manchester City pamer kelas tersendiri belasah Real Madrid untuk ke final
Bernardo Silva menjaringkan dua gol dalam babak pertama ketika Manchester City mempamerkan aksi di kelas tersendiri membenam juara bertahan, Real Madrid, 4-0 untuk ke final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi tadi.

UCL: Masalah pengangkutan ganggu Real Madrid
Real Madrid mahu mengetepikan isu kelewatan di lapangan terbang untuk tiba di Stadium Etihad dalam suasana santai menjelang aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara (UCL) menentang Manchester City.

LaLiga: Gol tunggal Asensio bantu Real Madrid menang tipis ke atas Getafe
Gol Marco Asensio dari jarak 20 ela membantu Real Madrid memperoleh kemenangan tipis 1-0 ke atas pasukan di kelompok bawahan LaLiga, Getafe, awal pagi tadi.

EPL: City lebih fokus aksi lawan Everton berbanding separuh akhir UCL -- Guardiola
Pep Guardiola menegaskan bahawa Manchester City akan memberikan fokus sepenuhnya kepada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Everton malam esok walaupun mereka akan menghadapi Real Madrid dalam separuh akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Real Madrid tiada gentar ke Stadium Etihad -- Dani Carvajal
Dani Carvajal menegaskan Real Madrid tidak perlu gentar untuk bertandang ke Stadium Etihad bagi perlawanan kedua separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) minggu depan.

Sentuhan pemusnah Lee Tuck julang Kedah Darul Aman
Lee Tuck muncul wira Kedah Darul Aman FC menjamin mata penuh di Alor Setar dengan meledak dua gol ketika melayani kunjungan Sabah FC, sebentar tadi.

Penang FC perlukan serangan balas jitu gugat benteng JDT
Asnan Ahmad tidak menolak soal 12 hari beraksi di luar memberi kesan kepada persiapan Penang FC untuk berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Bandaraya, malam esok.

Piala Asia: Semangat juang tinggi perlu jadi azimat skuad B-17, kata Presiden FAM
Skuad Harimau Malaya B-17 diingatkan untuk mempamerkan semangat juang yang tinggi dalam Piala Asia B-17 2023 di Bangkok, Thailand, pertengahan bulan ini.

Yusri Che Lah tidak janji keajaiban segera Perak FC
Ketua jurulatih sementara Perak FC, Yusri Che Lah, menuntut pemain memberikan aksi terbaik untuk mencuri mata dalam aksi Liga Super menentang Terengganu FC di Ipoh, malam esok.

PDRM FC pasang hajat sekat tiga mata Selangor FC
PDRM FC tidak gentar untuk menyekat Selangor FC yang prestasinya makin kukuh musim ini selain hanya melepaskan 13 gol setakat ini.

ARC: Skuad Bunga Raya elak ulangi kesilapan mudah berdepan Korea Selatan
Ketua jurulatih pasukan ragbi negara, Mohd Farid Syazwan, menyeru barisan pemainnya agar mengurangkan kesilapan menjelang Kejohanan Ragbi Asia (ARC) Divisyen Perdana menentang Korea Selatan esok.

Hoki Remaja Asia: The Young Tigers perkemas aksi menjelang Piala Dunia Remaja
The Young Tigers mengakhiri kempen Kejohanan Hoki Remaja Asia kekalahan tipis 1-2 kepada Korea Selatan untuk mengisi tempat keempat terbaik benua ini.

Tiada lagi wakil dalam separuh akhir Terbuka Thailand 2023
Pentas suku akhir Terbuka Thailand 2023 tidak membawa tuah buat perseorangan lelaki negara selepas Ng Tze Yong disingkirkan dalam perhitungan ketiga oleh wakil Hong Kong, Lee Cheuk Yiu.

Rexy Mainaky tuntut kematangan Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rumsani
"Jadilah dewasa, bukan seperti anak kecil." Demikian kata-kata itu diungkapkan Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky, apabila ditanya mengenai gandingan beregu lelaki yang kembali bertaut, Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rumsani.

Emas Anuar STL: Kuala Lumpur Thunder padam kebangkitan Johor Tigris
Perlawanan minggu kedua Emas Anuar Sepak Takraw League (STL) 2022/23 tertumpu kepada perlawanan di antara pasukan Kuala Lumpur Thunder lawan Johor Tigris.